Sunday 15 April 2012

PROJEK PEMASARAN

Projek Pemasaran bagi palajar semester akhir Diploma Pemasaran Sesi Dis 2011 telah diadakan pada 4 April 2012 di Student Mall, POLIMAS.  Projek Pemasaran ini adalah kursus/modul yang wajib diambil oleh pelajar semester akhir bagi Program Diploma Pemasaran.  Pada pembentangan tersebut, sebanyak 6 kumpulan bertanding dengan pelbagai produk baru diperkenalkan.  Kumpulan yang memenagi tempat pertama adalah kumpulan yang merekacipta produk papan lipat kain yang diselia oleh Pn Siti Nor Akhidah bt Shamsudin.  Kumpulan ini juga berjaya mendapat tempat kedua di dalam Pertandingan Hari Inovasi, POLIMAS.  Tahniah kepada kumpulan dan penyelia kumpulan ini.  

                                   Pelajar sedang menunjukkan cara melipat baju menggunakan papan lipat kain.


Pelajar memberi penerangan mengenai produk mereka kepada juri.

Saturday 14 April 2012

KURSUS KEUSAHAWANAN

Kursus Keusahawanan Dinamik Francais oleh Dato Azlina pengasas D Navechee di adakan pada 9 April 2012 di DK1.  Ceramah yang amat mantap itu sampaikan oleh Dato Azlina sendiri.  Pelbagai kata semangat dan motivasi diberikan kepada pelajar bagi melahirkan seorang pelajar yang mempunyai minda dinamik serta melahirkan golongan usahawan yang cerdik pandai  dan seterusnya berkecimpung ke  dalam dunia perniagaan.  Seramai 200 orang pelajar menghadiri ceramah tersebut.

Dato Azlina member penerangan dengan penuh semangat




Pelajar berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Friday 13 April 2012

MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN

Pada 1 Mac 2012 telah diadakan Jamuan Anugerah Ketua Jabatan Perdagangan di Restoran Bendang D’ Kelubi.  Seramai 74 orang pelajar  dari semester 2 – 6 menerima Anugerah Ketua Jabatan tersebut.  Majlis yang dihadiri oleh semua pensyarah Jabatan Perdagangan itu diharap dapat memberi galakan  kepada pelajar untuk belajar dengan lebih tekun bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan mereka.  Majlis AKJ ini di jayakan  oleh semua Penasihat Akademik  semester  3.  Jamuan AKJ itu dirasmikan oleh Ketua Jabatan Perdagangan Puan Ramlah bt Yusof.  Sijil AKJ itu turut disampaikan oleh Ketua Jabatan Puan Ramlah bt Yusof serta  Ketua Program Pemasaran Pn Nor Syahilia bt Aris, Ketua Program  Pengajian Perniagaan Pn Harlinda Ahmad dan juga Pn Faizatul Hafilah bt Abd Halim. Majlis ini berjalan dengan lancar dan baik seperti yang dirancangkan.


  
                                          Ucapan aluan Ketua Jabatan Perdagangan Pn Ramlah bt Yusuf


                                       Para Pensyarah mendengar amanat yang disampaikan oleh KJ.

                     

                          Ketua Program Pemasaran Pn Nor Syahilia Aris menyampaikan sijil kepada pelajar.

Thursday 12 April 2012

KURSUS CIDOS

Pada 22 – 23 Februari 2012, bengkel berkenaan OBE di adakan di Makmal Keusahawanan POLIMAS.  Taklimat yang terperinci itu diberikan oleh Dr Nik  dari Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak.  Susulan daripada taklimat itu, diadakan pula kursus berkenaan CIDOS yang diberikan oleh Cik Syahridah Noh di makmal komputer POLIMAS.  Taklimat yang diadakan selama dua hari ini memberi input yang amat berharga buat pensyarah Jabatan Perdagangan.
          

 Cik Nor Syahridah Noh memberikan penerangan berkenaan CIDOS



Sebahagian daripada pensyarah JP yang menghadiri kursus CIDOS.







Monday 9 April 2012

LAWATAN AKADEMIK

Lawatan sambil belajar semester akhir Diploma Pemasaran ke Modenas dan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di adakan pada 20 Mac 2012.  Lawatan selama satu hari itu banyak memberi input pengetahuan dan pengalaman  kepada para pelajar.  Lawatan bagi pelajar Diploma Akauntansi pula di adakan pada 4 April 2012 ke Bukit Merah yang mana pelajar berpeluang melawat kolam ikan Arowana  yang diusahakan di sana.


Salah seorang pegawai Modenas memberi penerangan.

Pegawai dan staf dari Modenas serta pelajar DAT bergambar sebelum bertolak pulang.

Sunday 1 April 2012

FIRST ENTRY...



Semoga blog ini dapat menjadi platform untuk kita semua berkongsi info...